Saturday, November 27, 2010

KKDT UTHM PEROLEH TEMPAT KE TIGA NIC...

SALAM

satu lagik kejayaan Kelab Keusahawanan Dan Teknologi UTHM apabila bejaya memperoleh tempat ketiga dalam 4th National Internship Challenge 2010 Jobmarket Malaysia yang berlansung baru-baru ini dimana final stagenya diadakan di Universiti Malaysia Kelantan pada 23-26 november 2010... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan KKDT UTHM sehingga kami layak ke peringkat final dan seterusnya berjaya memperoleh tempat ketiga... Syabas dan Tahniah serta terima Kasih sekali lagi kerana kejayaan ini dapat menambahkan lagi kemajuan nama UTHM dalam arena kebangsaan terutama menerusi aspek keusahawanan..... terima kasih semua

Friday, November 26, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR..



SALAM,

KAMI DARI SELURUH WARGA KELAB KEUSAHAWANAN DAN TEKNOLOGI MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR, SEMOGA TENANG DAN DIPERMUDAHKAN, SELAMAT MAJU JAYA, GOOD LUCK AND ALL THE BEST......

Tuesday, November 9, 2010

Kaks 2010 Anjuran KKDT bersama TEC UTHM

salam extreme luar biasa hebat!!!



KAKS datang lagi!!!

kali ini lebih menarik.. lebih mencabar!!! tapi pastinya tempat yang lebih menarik dikunjungi hotel bertaraf antarabangsa dan pastinya diluar kawasan batu pahat!! sila dapatkan borang penyertaan di PUSAT TEKNOUSAHAWAN UTHM sebelum @ pada 25 November 2010, tempat adalah terHAD!!!

Monday, November 8, 2010

Tawaran mewakili UTHM ke peringkat nasional!!

salam,



kepada mahasiswa uthm yang sedang belajar atau yang masih belum grad lagi. satu tawaran untuk menyertai explorace malaysian universiti (final stage) peringkat national akan diadakan pada 23-25 november 2010. sehubungan dengan itu pihak kkdt uthm telah berjaya ke peringkat tersebut. walaubagaimanapun kami memerlukan mereka yang berkelayakan dan tidak mempuyai sebarang masalah untuk hadir pada tarikh 23-25 november 2010 untuk menyertai pertandingan peringkat nasional ini. peluang untuk menang adalah terbuka luas kerana kkdt uthm telah berjaya ke peringkat akhir... hadiah wang tunai bernilai rm 3000.00 juga menanti para pemenang...

tawaran ini terhat kepada satu kumpulan sahaja dengan keanggotaan ahli 4 orang...

mereka yang aktif,cergas, tidak mempunyai paper exam pada tarikh berkenaan, berkarisma dan berkredebiliti, mempunyai minda yang interaktif, semagat berpasukan, berkepimpinan dan bijak menyelesaikan masalah explorace adalah diutamakan..

tawaran ini diperlukan dengan kadar segera dan hanya terbuka kepada warga UTHM sahaja..

sebarang informasi sila berhubung dengan saudara Asanudin ditalian 0179659516 atau menerusi kelab KKDT di facebook KKDT UTHM atau email di kkdtuthmtec@gmail.com

sekian Terima kasih... salam

Saturday, October 30, 2010

UTHM HANTAR WAKIL KE CB IPT KEBANGSAAN




Sabtu, 30 oktober 2010, seramai 7 kumpulan terpilih untuk mewakili uthm ke Cabaran Catur Bistari IPT kebangsaan di UPM yang berlangsung pada 30-31 Oktober 2010. para peserta dijangka akan memulakan pertandingan secara rasmi pada 31 Oktober 2010. sehubungan dengan itu, diharap seluruh warga UTHM dapat memberikan sokongan kepada mereka yang akan bertanding... - salam-

Sunday, October 3, 2010

Catur bistari Terbuka pesta Konvo

berikut adalah butiran program.




BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI PUSAT TEKNO USAHAWAN @ PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR, YURAN INDIVIDU ADALAH RM2.00 DAN KUMPULAN ADALAH RM 12.00 DIBAYAR SEWAKTU PENDAFTARAN PADA 9/10/2010 DI BKE1-BKE4 G3.

Tuesday, September 28, 2010

Sedikit Perkongsian...


salam, kepada warga uthm, sekiranya anda berminat untuk menjadi pelabur, jadilah pelabur yang bijak dengan melabur di perniagaan/institusi2 yang sah. sekiranya wujud keraguan, carilah sumber rujukan yang dapat membantu. cth: bank negara @ intitusi kewangan yang sah. Jesteru itu kami lampirkan sedikit maklumat untuk di kongsikan bersama...

rujukan yang boleh membantu:







Anda juga boleh menghubungi:

BNM Telelink talian 1-300-88-5465 atau emel bnmtelelink@bnm.gov.my.
atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) juga disediakan dengan menaip BNM TANYA [pertanyaan atau aduan anda] dan hantar kepada 15888.
atau melayari laman web http://fraudalert.bnm.gov.my.





Saturday, September 11, 2010


Kami Warga Kelab Keusahawanan & Teknologi UTHM Mengucapkan

“Selamat Hari RAYA Aidilfitri

MAaf Zahir dan Batin”




"semoga hari raya ini akan mengeratkan hubungan antara kita"

Tuesday, August 31, 2010

jom baca buku siri 2...

Pameran Buku kelab Keusahawanan Dan Teknologi

siri 2

Tempat : Dataran Aggerik UTHM

Tarikh: 1 & 2 September 2010

Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang


PEMBACAAN BUKU ADALAH PERCUMA!!!!!!!!!!

JOM RAMAI-RAMAI DATANG.

Wednesday, August 18, 2010

JOM SERTAI......


PELUANG TERHANGAT UNTUK WARGA UTHM!!!

JOM KITA RAMAI-RAMAI SERTAI DAN MENANG..




CARA2 NAK MAIN CHALLENGE NIH:

1) CLICK WWW.OSKIC.COM

2) CLICK LEARNT HOW TO PLAY

3) DAPATKAN GAMBARAN PERMAINAN

4) DAN FAHAMKAN!!!

5) TERUS REGISTER DAN VERIFY EMAIL

6) LOGIN

7) PLAY GAME

8) WAKTU TRADING 8.00A.M- 5.00 P.M

9) *MACAM TRADE SAHAM SEBENAR*

10) TERUSKAN PERMAIANAN

11) “SEMOGA BERJAYA”

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!!!!


Sunday, August 15, 2010

JOM BACA BUKU!!!!!!

Pameran Buku kelab Keusahawanan Dan Teknologi

Tempat : Ruang Legar Pusat Niaga siswa

Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang


PEMBACAAN BUKU ADALAH PERCUMA!!!!!!!!!!

JOM RAMAI-RAMAI DATANG.

Wednesday, August 4, 2010

MANA SATU PILIHAN HATI ANDA


Sila vote baju korporat kkdt dibawah. Terdapat 4 pilihan. Voting wajib kepada semua ahli jawatankuasa kelab.






Monday, August 2, 2010

dari emy...

ijazah tertinggi bukanlah satu jaminan untuk mencapai kejayaan...
ia perlu disertakan dengan kesedaran diri yang positif, imej diri
yang meyakinkan serta disiplin diri yang kuat.. - Datuk Maznah Hamid

Wednesday, July 28, 2010

MEETING BERSAMA AHLI BARU

Meeting KKDT akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Julai 2010
Hari: Rabu
Masa: 8 malam
Tempat: DK3

Kehadiran diwajibkan kepada semua ahli MT dan juga kepada semua ahli baru. Diharapkan semua ahli dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Tuesday, July 20, 2010

PENGAMBILAN AHLI BARU KKDT 2010/2011


Pendaftaran Bakat Keusahawanan karnival Pelajar 2010


ADALAH DIMAKLUMKAN PADA 6-10 OGOS 2010 AKAN DIADAKAN KARNIVAL AKTIVITI PELAJAR... JESTERU ITU, KELAB KEUSAHAWANAN DAN TEKNOLOGI TELAH DI AMANAHKAN UNTUK PENGAJURAN PROGRAM PERTANDINGAN BAKAT KEUSAHAWANAN....

Konsep: pertandingan ini memerlukan mahasiswa dalamn bentuk kumpulan berniaga sempena karnival aktiviti pelajar berlangsung

anda perlulah mengamalkan nilai-nilai keusahawanan yang telah anda pelajari

penilaian akan dibuat berdasarkan prestasi,integeriti dan etika perniagaan yang anda lakukan

panel hakim akan menentukan pemenang dan hadiah lumayan menanti anda

anda akan dibekalkan dengan peralatan seperti meja/kiosk untuk menjalankan perniagaan

*sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh KKDT dan keputusan pertandingan adalah muktamat

untuk makluman lanjut mengenai penyertaan:

sila hubungi saudari Amirah di talian

013 - 7028978



Monday, July 19, 2010


TAHNIAH KEPADA PUAN SITI JAMILAH............;




kelab Keusahawanan dan teknologi uthm mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada staf Pusat Tekno Usahawan, Puan siti jamailah kerana telah menamatkan status bujangnya pada 18 july 2010 yanbg lalu... kami dari KKDT UTHM mngucapkan semoga berbahagia dan dirahmati selalu..



PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM DIBAWAH KELOLAAN KELAB KEUSAHAWANAN DAN TEKNOLOGI UTHM.....

Diharap perjalanan Kelab Keusahawanan dan teknologi uthm dapat diteruskan dengan sistematik dan tersusun...sekian,selamat maju jaya.


Thursday, July 15, 2010

Wajarkah mahasiswa Menceburi bidang keusahawanan?

MAHASISWA PERLU MENJADI USAHAWAN??????


Dewasa ini seringkali kedengaran kebangkitan erti keusahawanan di kalangan masyarakat,
erti kata ini juga tidak ketinggalan turut dihangatkan kepada golongan mahasiswa dan pelbagai insentif ruang dan peluang diberikan kepada golongan yang dikenali selaku mahasiswa untuk menceburi bidang keusahawanan ini..... namun sejauh manakah perlaksanaan yang dapat dinikmati dan cukupkah ruang diberikan kepada mahasiswa......???

jesteru itu kepada mereka yang sudi berkongsi idea dan pendapat yang bernas kepada KKDT -silalah tinggalkan comment anda supaya sesuatu dapat diutarakan dan diambil tindakan semampu mungkin.,..

Monday, July 12, 2010

beza usahawan dan perniaga

sumber (http://ladanguluyam.blogspot.com)




Antara peniaga dan usahawan: Apa bezanya?


BERBAGAI-bagai pandangan dan pendapat diberikan terhadap definisi keusahawanan. Lain buku lain pula cara penjelasannya. Tidak ada definisi piawai yang boleh digunakan untuk menterjemahkan definisi keusahawanan.

Ini ialah kerana keusahawanan ialah satu aktiviti unik yang dijalankan oleh seseorang sebagai kerjaya untuk mendapatkan untung serta memerlukan gabungan perkara-perkara asas seperti keperibadian, kelakuan, pengalaman, pemikiran, keupayaan, modal, pengetahuan dan lain-lain lagi.

Walaupun terdapat definisi yang berbeza tetapi konsepnya adalah sama, iaitu berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan penggunaan sumber-sumber yang diperolehi.

Keusahawanan adalah satu perkataan yang agak baru yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menerangkan kerjaya seseorang dalam bidang perniagaan. Ia digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “Enterprice’. Berikut dijelaskan beberapa definisi keusahawanan yang telah difahamkan dan terdapat dalam buku-buku bacaan.

Keusahawanan ialah aktiviti perniagaan yang berpunca dari kebolehan seseorang mengenalpasti peluang pelaburan dan perniagaan dan bertindak untuk menjayakan rancangan yang menghasilkan keuntungan pada dirinya dan membantu pembangunan ekonomi negara.

Aktiviti perniagaan yang berpunca dari kesanggupan seseorang menjalankan sesuatu perniagaan yang menguntungkan dengan cara memenuhi keperluan pengguna dan masyarakat.

Aktiviti perniagaan yang diwujudkan oleh seseorang yang mentafsirkan keadaan persekitaran, mengenalpasti peluang, menggunakan bahan, melaksanakan idea-idea, menambahkan kekayaan dan menggalakkan kebajikan sosial.

Aktiviti perniagaan yang dimulakan oleh seseorang yang bersifat berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Aktiviti perniagaan yang dihasilkan oleh seseorang yang menumpukan kecenderungan fikiran dan mengambil risiko yang telah diperhitungkan untuk mencapai matlamat perdagangan dan perindustrian.

Satu seni iaitu keupayaan menggabungkan dan menggunakan sumber-sumber yang ada dan menyelaraskan aktiviti perniagaan dan menguntungkan, dengan cara yang dinamik.

Aktiviti perniagaan yang dimulakan oleh seseorang yang mempunyai keinginan mendesak untuk mewujudkan nilai-nilai kejayaan dengan cara mengambil risiko yang telah diukur dan dibezakan dengan satu-satu yang tidak pasti dan seterusnya memaksimakan peluang yang ada.
Aktiviti perniagaan yang berpunca dari kebolehan seseorang membeli barangan dan mengurus faktor-faktor pengeluaran dan melipatgandakan kekayaan dengan cara yang cekap dan berkesan.

Pengendalian perniagaan yang dihasilkan oleh seseorang yang berani mengambil risiko dan membuat keputusan, rajin menggunakan akal fikiran, bebas bertindak, mengadakan kebajikan dan kepimpinan yang sukar dicari ganti.

Perniagaan yang dijalankan oleh manusia yang boleh mengembangkan kemajuan ekonomi dengan pesat.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, kita dapati definisi keusahawanan mempunyai tafsiran yang berbeza-beza tetapi mempunyai konsep yang sama. Dalam erti kata yang lain, keusahawanan, adalah perniagaan yang diwujudkan atau dimulakan, atau perniagaan yang dikembangkan dan dimajukan oleh seseorang yang berani mengambil risiko, rajin, inginkan kejayaan hidup, tahu mengenalpasti peluang dan menggabungkan kebolehan dan pengetahuannya untuk menguruskan perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Kesan daripada aktiviti tersebut dapat membantu pembangunan ekonomi negara serta meninggikan taraf kehidupan masyarakat.

Di sini kita dapati bahawa keusahawanan meliputi semua jenis perniagaan sama ada kecil atau besar. Oleh itu seseorang yang bertindak dan berniaga dalam konteks definisi keusahawanan dan usahawan. Usahawan adalah seseorang yang mengendalikan perniagaan dengan cekap dan mengikut kecenderungan fikiran, memenuhi keperluan serta bertanggungjawab terhadap masyarakat dan mendapatkan keuntungan yang berpatutan.

Berbeza dengan peniaga, di mana peniaga adalah seseorang yang mengendalikan perniagaan tetapi hanya memberi tumpuan kepada keuntungan perniagaannya sahaja. Peniaga biasanya mudah putus asa, tidak sabar dan inginkan kejayaan dalam masa yng singkat. Jika peniaga mengalami kerumitan dalam perniagaan, beliau akan lebih mudah bertindak mengecewakan pelanggannya dan kadangkala sanggup menipu pelanggannya.

Definisi keusahawanan yang telah diperbincangkan memperlihatkan kepada kita bahawa kebanyakan nilai-nilainya tertumpu kepada kualiti keperibadian seseorang usahawan, yang berusaha mencapai kejayaan hidup dan faedah keuntungan perniagaannya. Keusahawanan tidak hanya tertumpu kepada modal perniagaan atau banyaknya jualan. Ia memerlukan dua modal asas yang utama iaitu akal fikiran yang waras dan kesihatan tubuh badan yang baik. Modal kewangan merupakan faktor kedua dalam pengurusan perniagaan. Kejayaan dalam keusahawanan lebih mudah dicapai jika seseorang itu mempunyai sifat-sifat keusahawanan.

Seorang pengusaha ternakan ayam boleh diambil sebagai contoh untuk menjelaskan perbezaan antara seorang usahawan dan peniaga. Jika ia seorang peniaga, beliau akan hanya mengira kos jualan untuk pembelaan ayam sehingga ia dijual. Keuntungan hasil jualan dikira dengan menolak jumlah kos jualan. Jika jumlah jualan tinggi, manakala kos pengeluaran rendah, bermakna ada keuntungan. Tetapi jika jumlah jualan rendah dari kos ataupun sama dengan kos jualan, beliau akan rugi atau hanya pulang modal sahaja. Jika keadaan ini berterusan seseorang peniaga itu mungkin akan berhenti dari perniagaan ini ataupun menukar ke perniagaan baru. Tetapi bagi seorang pengusaha pentenakan ayam yang bersifat sebagai seorang usahawan, beliau akan mempelbagaikan usahanya untuk menambahkan keuntungannya. Jika jualan ayam rendah, beliau akan menambahkan pendapatan mungkin dengan menjual najis ayam untuk membuat baja, menjual ayam yang disembelih dan diproses, menjual isi perut ayam kepada kilang membuat makanan binatang, atau kepada penternak ikan jelawat. Bulu ayam boleh diproses dan dibuat bantal seperti bantal-bantal di Amerika Syarikat. Pendapatan boleh juga didapati dengan menjual kaki ayam ke restoran-restoran Cina yang gemar menyediakan sajian ini.

Dari contoh ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa usahawan ialah seorang yang kreatif dan mempelbagaikan usaha untuk meningkatkan pendapatannya dengan tidak hanya beergantung pada satu punca sahaja. Usaha-usaha yang dilakukan telah dirancang dengan teliti dan hasilnya ialah kerja yang lebih produktif.

Jenis Keusahawanan dan Perniagaan

Aktiviti perniagaan atau keusahawanan yang banyak dilakukan terbahagi kepada empat bahagian:
* Perkilangan dan Pemerosesan
* Pengedar atau Agen
* Runcit
* Perkhidmatan

Perkilangan dan pemerosesan
Perniagaan perkilangan dan pemerosesan adalah satu cara perniagaan yang mana memerlukan tempat yang khas untuk mengumpulkan bahan-bahan mentah yang diperlukan, dan gabungan bahan-bahan ini dijadikan satu barangan yang digunakan dan diperlukan oleh pengguna atau pelanggan.

Barangan yang dikeluarkan adalah untuk penggunaan terus kepada pengguna ataupun untuk kilang lain. Cara pembentukan atau untuk menyiapkan barangan perlu mengikut proses yang telah ditetapkan; sama ada dengan bantuan mesin atau bantuan manusia.

Pada kebiasaannya jenis perkilangan dan pemerosesan memerlukan sekumpulan pekerja yang mempunyai tugas-tugas yang berasingan dalam menyiapkan barang tersebut. Barangan yang telah siap akan diedarkan melalui pengedar atau agen yang bertugas untuk menyampaikan barangan tersebut kepada pengguna.

Perniagaan seperti membuat peti sejuk, kereta atau radio dianggap perniagaan perkilangan. Perniagaan seperti percetakan dan pembentukan barangan makanan boleh dianggap sebagai pemerosesan, tetapi semua aktiviti perniagaan jenis ini mempunyai tempat khas yang disebut sebagai kilang.

Pengedaran atau Agen
Pengedar atau agen disebut sebagai orang pertengahan yang menguruskan pengedaran barangan yang diperolehi dari kilang kepada peruncit atau pengguna. Jenis-jenis barangan seperti barangan makanan, jam, kereta dan barangan lain lebih ekonomi jika diedarkan melalui pengedar atau agen.

Walau bagaimanapun pengedaran barangan berbentuk perkhidmatan seperti insurans, juruperunding atau khidmat akautan, tidak wajar disebut pengedar. Terma yang sesuai bagi perniagaan ini disebut agen. Jika kilang-kilang membuat barangan terdapat di negara lain ingin mengedarkan barangannya di Malaysia, maka ia perlu melantik pengedar atau agennya di Malaysia.

Sesebuah kilang boleh mengedar barangannya sendiri, tetapi kos pengurusan pengedaran lebih tinggi daripada jika ia melantik dan memberi kuasa kepada pengedar atau agen. Contoh pengedaran antarabangsa yan g terkenal di Malaysia adalah seperti Boustead Sdn. Bhd. dan Sime Darby Sdn. Bhd. Banyak juga pengedar tempatan yang mengedar barangan-barangan yang dibuat di Malaysia.

Runcit
Perniagaan secara runcit merupakan jenis perniagaan yang terbanyak di Malaysia. Barangan yang diperolehi untuk diniagakan mungkin datang dan dibeli terus dari kilang atau dari pengedar atau agen.

Perniagaan runcit didapati di semua kawasan sama ada di kampung atau di bandar. Kedai yang menjual barangan harian atau barangan dapur disebut kedai runcit, tetapi banyak lagi jenis perniagaan lain yang disebut perniagaan runcit seperti restoran, stesyen minyak, kedai ubat, kedai gambar, kedai kain baju, kedai alat-alat tulis, kedai alat elektrik, kedai alat solek dan sebagainya.

Perniagaan runcit diistilah begitu, sebab jenis perniagaan berurusan dan penjualan terus kepada pelanggan atau pengguna. Perniagaan runcit kebiasaannya memerlukannya pameran
barangan yang diniagakan di kedainya.

Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diniagakan dianggap barangan. Penjualan perkhidmatan berbeza sedikit dengan penjualan barangan, sebab perkhidmatan yang diniagakan tidak boleh dilihat seperti khidmat peguam, akauntan, juruperunding, doktor dan lain-lain khidmat yang profesional.

Perkhidmatan ini diperlukan oleh pengguna atau pelanggan. Perniagaan perkhidmatan memerlukan kemahiran yang boleh mempengaruhi pelanggan. Kedai-kedai seperti membaiki alat-alat elektrik, membaiki kereta dan kedai gunting juga disebut sebagai perkhidmatan.



sumber;(http://tec.uthm.edu.my)

Friday, July 2, 2010

Selamat Datang Ke KKDT UTHM



KELAB KEUSAHAWANAN DAN TEKNOLOGI UTHM MENGUCAPKAN
SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU SESI 2010/2011

(sumber dari www.uthm.edu.my)

Salam, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Terlebih Dahulu KKDT UTHM ingin mengucapkan Selamat Datang kepada mahasiswa UTHM sesi 2010/2011 dan Selamat Kembali Ke Kampus Bagi Mahasiswa UTHM yang lama... Semoga sesi ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan.

Kaedah mendaftar Ahli:

1) Dapatkan & Hantar borang Di Pusat Niaga Siswa
2) Dapatkan & Hantar borang Di Pusat Tekno Usahawan
3) Datar Online di :